Dari Meja Bulat: Setia Power Group (SPG)
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada warga SPG sekalian.
Bertemu kita dalam Majalah SPG yang kita namakan sebagai AGENDA edisi No. 1. Penerbitan AGENDA merupakan salah satu usaha berterusan untuk SPG menyampaikan aktiviti serta pencapaian SPG kepada ahli-ahlinya.
Dalam bulan Mei ini pelbagai pencapaian telah berjaya dilaksanakan oleh SPG. Pertama ialah penubuhan SPG pada 1 Mei 2008. Dengan hanya 3 ahli pada awalnya, kini dalam masa 2 minggu sahaja SPG sudah mempunyai lebih kurang 9 orang ahli dan beberapa ejen penjual. Ini merupakan permulaan yang baik kepada SPG. Bayangkan keahlian SPG dalam masa 2 tahun.
Pencapaian kedua dalam bulan Mei ialah jualan kumpulan yang kini mencecah angka RM800. Tahniah diucapkan kepada warga SPG yang bertungkus lumus mempromosikan produk ini. Dengan usaha yang tidak kenal lelah dan penat, tidak mustahil jualan kumpulan akan mencecah RM1500 dalam bulan Jun ini.
Pencapaian ketiga SPG ialah pembinaan Yahoo! Group dan blog untuk SPG. SPG sentiasa percaya bahawa internet merupakan suatu medium yang amat berkesan dalam memperkenalkan suatu produk itu. Internet memberikan potensi pendapatan dan promosi yang tidak terhingga sekiranya ia diberikan perhatian yang sewajarnya. Untuk itu beberapa tindakan telah pun diambil dan sedang diambil untuk mempromosikan SPG dan juga produk SPG dalam dunia siber ini.
Dalam bulan Mei ini juga, SPG telah berjaya mendapatkan ruang pejabat untuk dijadikan pusat kegiatan SPG. Ini selaras dengan komitmen SPG yang berazam untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Dengan adanya pejabat ini, maka segala urusan berkaitan penjualan dan aktiviti SPG akan dapat diselaraskan dengan efisyen. Pembukaan pejabat ini merupakan pencapaian keempat SPG.
Diharap dibulan-bulan yang mendatang, dengan sokongan padu ahli-ahlinya, SPG akan mampu berkembang lebih pesat lagi.
Sekian, terima kasih.
Presiden SPG
19 Mei 2008.
SPG: APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG KAMI
SPG ialah singkatan kepada Setia Power Group. Ia merupakan gabungan peniaga bumiputera yang bernaung dibawah syarikat Nat Fit Sendirian Berhad. Ditubuhkan pada 1 Mei 2008, SPG pada awalnya dianggotai oleh 3 orang ahli sahaja.
Atas kesedaran bahawa SPG mampu pergi jauh dalam bidang perniagaan dan networking, maka keahlian SPG telah bertambah dari 3 orang kepada 9 orang hanya dalam masa 2 minggu sahaja!. Ini merupakan satu pencapaian menarik yang membuatkan SPG bertambah bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam bidang perniagaan ini. Selain pertambahan ahli, Misi SPG juga telah berjaya membina jaringan ejen penjual yang mantap.
SPG mempunyai visi dan misi yang tersendiri. Misi SPG ialah untuk membolehkan ahli SPG mendapat kesihatan yang paling optimum. Pada masa yang sama, menghasilkan suatu sumber pendapatan yang sampingan untuk ahli dalam masa 12 bulan dan membina suatu jaringan kenalan yang mampu membuka peluang kepada ahli SPG. Jelas dari misi tersebut, SPG bukan hanya memandang perniagaan ini sebagai suatu keuntungan semata-mata tetapi juga memupuk nilai persahabatan untuk membina peluang yang lain.
Visi SPG pula ialah untuk mengabungkan ahli dan kepakaran yang ada untuk menjana pendapatan dan membina suatu kumpulan usahawan yang berjaya.
Hasil gabungan misi dan visi tersebut, SPG menjanjikan bukan hanya peluang perniagaan dalam bidang MLM tetapi juga peluang perniagaan sesama ahli dalam pelbagai bidang lain.
SPG dianggotai oleh ahli yang datang dari pelbagai bidang. Ahli SPG terdiri daripada Peguam,
Matlamat : jangka pendek & jangka panjang SPG
SPG berpendapat, menerusi pemerhatian mereka, pendapatan ahli akan menjangkau purata RM400 sebulan pada bulan ke13 keahlian. Ini berdasarkan senario "satu bulan satu ahli". Ini merupakan matlamat jangka pendek SPG.
SPG percaya bahawa sesuatu perniagaan itu perlu diletakkan pada asas yang betul, ia perlu berasaskan prinsip kesabaran dan konsistensi.
Tidak seperti kumpulan perniagaan yang lain, SPG amat berhati-hati dalam membuat pelaburan untuk ahlinya. Ini kerana SPG pernah gagal dan pernah ditipu oleh pelbagai pihak baik dalam bidang MLM ataupun bidang-bidang lain. Pengalaman ini menjadikan SPG semakin matang dalam bidang perniagaan ini. SPG tidak akan mengambl risiko dalam pelaburan ahli-ahlinya.
Oleh itu, SPG berpendapat bahawa modal yang dikeluarkan biarlah kecil supaya risiko boleh dikurangkan. SPG tidak mahu ahlinya berhutang akibat mengejar keuntungan yang tidak tahu bila datangnya.
Sebelum mencuba produk syarikat Nat Fit Sdn. Bhd, SPG pernah mencuba pelbagai produk dan plan pemasaran dari pelbagai syarikat. Namun SPG mendapati bahawa produk dan plan pemasaran syarikat tersebut tidak menjanjikan pulangan yang dijanjikan malahan ia menyebabkan ada ahli SPG yang dikelillingi hutang.
Matlamat jangka panjang SPG ialah untuk menambah keahlian dan ejen sehingga mencapai 100 orang dalam masa 12 bulan. Matlamat ini boleh tercapai dengan komitment semua ahli dan ejen SPG. SPG juga bermatlamat untuk membuat jualan kumpulan mencecah RM30,000 dalam masa setahun penubuhannya. Ini demi menjayakan matlamat 5 tahun SPG untuk membolehkan para ahli menjadi pelabur dan menerima dividen pada setiap tahun kewangan.
Jadi, SPG amat mengalu-alukan kehadiran anda dalam SPG. Sokongan anda amat kami hargai. Kami yakin, dengan adanya plan jangka panjang dan pendek SPG maka wang pelaburan ahli-ahli SPG akan dijamin pulangannya malahan kesihatan ahli akan sentiasa diparas optimum.
No comments:
Post a Comment